Pusingan haid yang teratur sangat penting bagi setiap wanita. Kedatangannya adalah satu lambing kewanitaan dan kesuburan. Apabila pusingannya terganggu, beberapa masalah mungkin timbul dan menggangu ciri kewanitaan.
Gangguan ini boleh menjadi insiden yang menggembirakan khususnya bagi wanita yang sudah berumahtangga dan sedang berusaha mendapatkan anak. Bagi mereka yang tidak bercadang dan tidak mahu hamil pula, gangguan haid itu amatlan mencemaskan.
Tegasnya, tidak datang haid adalah tanda awal kehamilan. Walaupun demikian, ia mungkin juga satu petanda bagi beberapa jenis penyakit lain khususnya penyakit kanser pada anggota peranakan.
Wanita yang menyusukan anak atau sedang menghampiri waktu putus haid mungkin juga mengalami gangguan haid ini. Kedatangannya juga boleh dihentikan dengan sengaja untuk tujuan tertentu seperti mengerjakan ibadat haji atau umrah ataupun untuk tujuan rawatan sesuatu jenis penyakit.
Pusingan Haid Terganggu
Satu lagi masalah yang mungkin dialami oleh wanita ialah gangguan pada pusingan haidnya. Pusingan haid yang dulunya teratur, kini datang sekali dalam tiga bulan atau enam bulan atau mungkin tidak datang langsung selama setahun atau lebih.
Keadaan yang digelar secondary amenorrhea ini munkin disebabkan oleh kejadian tumpah darah ketika seseorang wanita itu bersalin atau ketika dia keguguran. Tumpah darah ini berlaku dengan amat banyaknya sehingga menimbulkan masalah kejutan atau shock dan ini boleh merosakkan kilang hormon pituitary. Akibatnya haid tidak berlaku dan ini boleh mengganggu kesuburan seseorang wanita.
Tekanan fizikal
Bukan sahaja tekanan mental boleh mengganggu kedatangan haid, malah tekanan fizikal seperti seseorang wanita yang bekerja kuat, berpindah tempat kerja, berpindah rumah atau terpaksa bertungkus lumus bekerja dengan menggunakan tenaga fizikalnya boleh mengalami masalah kelambatan atau tidak datang haid.
Wanita Yang Menyusukan Anak
Penyusuan ibu juga boleh menyebabkan seseorang wanita tidak datang haid. Ini disebabkan oleh paras hormon prolaktin yang bertanggungjawab bagi pengeluaran susu meningkat dan seterusnya mengganggu kawalan hormon yang menjaga pusingan haid.
Tempoh waktu bagi wanita yang tidak datang haid oleh sebab penyusuan, bergantung kepada beberapa factor. Ada sesetengahnya langusng tidak datang haid selama dua tahun sepanjang masa dia menyusukan anaknya. Ada juga yang tidak datang haid tiga bulan sahaja, sesetengahnya datang haid tetapi tidak tentu masanya dan ada pula yang haidnya datang setiap bulan.
Punca tidak datang haid
Punca utama haid tidak datang ini ialah masalah hormon daripada kelenjar pituitaray,rawatan ialah dengan mempertanagakan kelenjar pituitary, kelenjar ini, tidak ada apa2 yg boleh menembusinya melainkan vibration sahaja.
Herba dan kimia yg lain tidak dapat sampai ke situ.Itu lah sebabnya masalah ini tidak ada ubat di hospital masaalah ini boleh dirawat,
Sebenarnya permasaalah hormon , berpunca dari beberapa perkara,yang berkiatan dengan kehidupan kita seharian.
* Bagaimana kepekaan kita dengan amalan pemakanan, makanan yg tinggi logam berat boleh menganggu kelenjar pituitary, jaga makanan yang tidak memberi kesihatan, kurangkan pengambilan lemak dan protin yang berlebihan kurangkan pengambilan makanan serat, untuk mengelak dari berlakunya buasir,buasir menyebab tidur tidak puas, tidak cukup ini juga akan menjejeskan pituitary anda.*(Problem Harian) masalah yang dihadapi adalah kesan dari banyak ketidakseimbangan yang dapat menyatakan dimana area sebenarnya ada masalah level gangguan ini pada level fizikal dan warna yang tak seimbang ialah warna oren
No comments:
Post a Comment