Monday, June 20, 2011

MAAJUN BURUNG UNTA



khusus untuk kaum ADAM...di luar sana yang masih mencari2 produk kesihatan...


Rahsia Burung Unta sebelum ini amat terkemuka dan dipercayai oleh masyarakat di Negara Barat seperti Afrika, Amerika Syarikat dan negara-negara yang lain. Daging burung unta ini diburu oleh pemain-pemain sukan yang terkenal seperti juara tinju dan pelbagai sukan lagi. Daging Burung Unta ini dipercayai oleh kaum lelaki barat bagi menjauhi daripada penyakit lumpuh, mengurangkan penyakit gout, menguatkan tulang dan urat saraf, menguatkan darah dan jantung serta menguatkan zakar. mengikut kepercayaan kaum Afrika dengan menggunakan Daging Burung Unta dapat menghindat dr sebarang penyakit.


KHASIAT:

  • sakit lutut dan sendi
  • meringankan & mencergaskan badan
  • Darah tinggi & kencing manis
  • Hilang keletihan & memberi tenaga
  • Awet Muda
  • lelah/penat/ asma
  • meningkatkan tenaga batin


HARGA:
RM15.00



POS LAJU :
RM6 (SEMENANJUNG MSIA)
RM10 (MALAYSIA TIMUR)

Monday, April 25, 2011

KUASA MAB...

MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) telahpun didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 berkuatkuasa 7April 2011 di mana hak eksklusif cap dagangan atau Trade Mark MAB hanyalah dipunyai oleh ZAL PERMAI RESOURCES. Oleh yang demikian pihak syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja yang mungkin menggunakan nama dan logo MAB tanpa kebenaran dan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara di bawah Seksyen 18, Akta Perihal Dagangan 1972. Pihak kami amat mengambil berat atas penjenamaan nama MAB ke atas produk Maajun Anggun Bistari agar mutu serta khasiatnya sentiasa terpelihara dan dijamin tulen.

Thursday, April 7, 2011

MAAJUN ANGGUN BISTARI



pernah dengar ...MAAJUN ANGGUN BISTARI....??
haid x menentu?badan sakit?Family Planning?..Sayang Suami??




Produk turun menurun amalan keluarga lebih 25 tahun dahulu...sumber alam semula jadi..tiada BAHAN PENGAWET mahupun BAHAN KIMIA...free chemical..

Pusingan haid yang teratur sangat penting bagi setiap wanita. Kedatangannya adalah satu lambang kewanitaan dan kesuburan. Apabila pusingannya terganggu, beberapa masalah mungkin timbul dan menggangu ciri kewanitaan.


Jika puan-puan mengalami masalah:
-dalaman wanita
-letih lesu@tidak bermaya
-runsing dengan kaedah family planning secara moden
-keputihan
dan sebagainya yang berkaitan dengan wanita

InsyaAllah dengan izin Allah MAB dapat bantu masalah puan-puan...

Khasiat Maajun ini adalah seperti di bawah mengikut keutamaan:

1. Family planning/menjarak kehamilan/merancang keluarga.
2. Merawat keputihan yg teruk.
3. Menjaga peranakan - menyempitkan faraj wanita.
4. Membuang darah kotor/toksin melalui period.
5. Menstabil hormon kewanitaan dlm badan-mencantikan kulit.
6. Menormal & teraturkan period setiap bulan.
7. Mencantik & menegangkan payu dara.
8. Melancarkan perjalanan darah.
9. Melawaskan pembuangan air besar - menjaga usus.
10. Menambah tenaga sepanjang hari.
11. Mengawal kolestrol dalam darah.
12. Menurun & mengawal berat badan.
13. Awet muda.



HARGA : RM15 sebotol kandungan: 21 Biji kegunaan : sebulan


contact me :012 6092693 atau ym saya..siputcomel6@yahoo.com



ATURAN MAKAN

1. Bagi yang lepas pantang, mula makan pada hari ke 44 lepas bersalin,setelah jamu bersalin habis..kerana pengambilan jamu/herba lain TIDAK di galakkan di khuatiri berlawan fungsi,serta period jadi tidak menentu..mengagngu proses tindak balas MAB

2. Bagi yang merancang sendiri , mula makan pada hari ke 3, 4 atau 5 period,Jika terlepas waktu haid..di galakkan menunggu haid akan datang untuk complete course -bagi proses pembetulan @pemulihan hormon teratur

3. Bagi yang ambil pil perancang ingin bertukar ke MAB, habiskan pil tersebut ambil MAB pada hari yang sepatutnya ambil pil perancang..MAB boleh di ambil bersama dengan pil perancang,ubatan farmasi asalkan tiada mengandungi herba.

4. Bagi yang merancang mengguna IUD / INJECTION , kaedahnya mengganti dengan MAB adalah seperti berikut;
i) Kes yang yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan.
ii) Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4, atau 5 period.Bila IUD sudah expired nanti boleh putuskan samada nak teruskan pakai IUD/INJECTION atau MAB sahaja.



6. Makan 1 biji sehari samada pagi/malam..TELAN atau KUNYAH juga boleh waktu yg sama setiap hari selama 21 hari,. Selepas habis 21biji, rehat selama 7 hari dan selepas itu sambung botol seterusnya.

contoh :last makan hari ahad so ahad depan sambung. semula botol seterusnya.

kes mkn malam

jika last mkn mlm ahad sambung botol seterusnya malam ahad depan

kes mkn pagi

jika last mkn pagiahad sambung botol seterusnya pagi ahad depan


Kes Lupa Makan pada waktunya (Pagi / Malam)

-Jika teringat...terus makan mab...dan jika terlupa juga ...ambil mab 2 biji pada waktu yang sepatutnya makan mab..


**...........**..............**...............**............**...............**...............**...............**.............
JIKA...
pengambilan sebagai Merancang keluarga, MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam, oleh itu pengambilan secara disiplin pada waktu@ jam makan yg sama setiap kali pengambilan MAB (Kurang/lebih 1 jam).

MAB mengajar kita supaya berdisiplin dengan setiap apa jua yang kita lakukan...

JIKA..
-sedang makan..MAB belum HABIS..HAID pula muncul...teruskan makan...sampai 21 bj baru la berhenti kemudian rehat 7 hari baru sambung next botol..

-MAB sudah habis ,rehat 7 hari TAPI haid belum muncul...pastikan anda tidak mengandung..baru sambung next botol...

** situasi seperti diatas kebiasaan nya berlaku dalam tempoh 6 bulan pertama pengambilan MAB dimana 3 bulan pertama proses detox,buang darah lama2 yang block pada rahim..dan 3 bulan seterusnya proses pemulihan semula cycle hormon kita...


JIKA
pengambilan MAB mengikut aturan yang di saran kan..insyaALLAH MAB salah satu kaedah family planning anda...

tindak balas..
-bergantung pada setiap individu ..cepat atau lambat...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesan/Khasiat MAB Selepas Tindak Balas ?

1.Badan menjadi ringan, dpt bergerak aktif.Lebih bertenaga dan mudah menyelasaikan kerja2.

2.Kulit muka menjadi cantik, licin,halus, gebu dan cerah.tiada lg jerawat atau jeragat/pigmentasi.

3.Badan menjadi kurus,kesan dr singkiran lemak,angin atau toksid brsama proses tindak bls tadi.

4.Perut menjadi kempis dan tidak mengebeh selepas singkiran toksid.

5.Hasil dr tindak balas ini jg membantu mengembalikan kelangsingan berat badan yg ideal.Amat di galakan utk ibu2 yg bersalin anak pertama.Proses kelangsingan lg cepat berlaku.

6.Memejal dan menegangkan payudara, kandungan herba dr MAB dpt membantu mengembalikan payudara idaman semua.Kepada sesetengah ada yg mengalami rasa tindak balas spt sakit/dengut2 pada payudara.

7.Bertenaga, diakui semua yg telah mencuba MAB mmg bertenaga spt dpt berjaga lebih lewat dr mlm2 sebelum mengambil MAB.Malah dapat memberi tenaga yg lebih dlam mengurus kerja2 rumah selepas penat bekerja.

8.Tidak mengantuk di siang hari walau pun kurang tidur di mlmnya.Cth: ramai ibu2 yg menyusu baby terpaksa bangun berkali-kali malamnya utk menyusu baby.
9.Kandungan MAB dapat melancarkan pengaliran susu ibu dgn banyak.Malah tiada efek kpd baby, perlu minum air yg banyak setiap hari.

10.Yang istimewanya rumusan kandungan MAB meningkatkan SEKS, malah rasa yakin dan gembira lagi sebab ia jg berfungsi sebagai family planning.Tiada rasa risau selapas bersama dan tak perlu melakukan senaman lagi selepas itu.

11.Merapat dan mengetatkan rahim - Ini di akui oleh semua yg telah mengamalkan MAB.Tak ada sesiapa pun yg x mendpt pujian dr suami selepas makan MAB.Ramai yg terpaksa tambah bajet bulanan utk membeli shampoo lebih...... ....malah dpt menyelamatkan rumahtangga yg hampir musnah selepas terkena 'panahan' MAB.

Siapa Yang Boleh Makan MAB?

Semua golongan wanita yg berumur 18 thn keatas. So yg umur 18 th ke atas telah berkawin atau belum,janda/balu jg telah monopouse memang di syorkan makan MAB.Kandungan MAB bukan sahaja utk family planning/cegah kehamilan malah dpt merawat kesihatan dalaman wanita.

BAGUS BETUL MAB NI....APA LAGI ORDER LAH BANYAK...BAWA PROMOTE SEDARA DI KAMPUNG, ANAK SEDARA YG BARU NAK BERSALIN SBG FAMILY PLANNING.... , MAK YG DOK BISIK PAK HANG DOK COMPLAINT.... , KAK YANG ASYIK MUNCUNG ABANG SELALU LANGGAR SEMPADAN SIAM....JOM KASI RAPAT....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

MAB Bantu ikhtiar untuk dapat kan zuriat.

-Biasanya individu yang mengalami masalah gangguan haid/ senggugut adalah sukar untuk mengandung.Kemungkinan besar individu ini mempunyai masalah dalaman pada sistem peranakan.kerana terdapat blocking pada peranakan seperti period / haid tidak keluar dengan habis atau megalami keputihan yang teruk..Keadaan seperti ini menghalang perjalanan benih lelaki / sperma menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan.Dengan mengamalkan MAB yang mana berfungsi untuk mencuci rahim membuang blocking supaya perjalanan sperma menjadi lancar.Dengan itu proses kehamilan menjadi lebih lancar.

MAB melambat kan proses menopouse & mengembalikan haid bagi yang telah menopouse.

-Dengan mengamalkan MAB anda tidak akan menopouse pada usia yang terlalu awal sekitar 40 an.Biasanya hormon wanita di rangsang oleh otak dengan aktif pada usia remaja sehingga sekitar usia 30an.Di sebabkan faktor usia,stress dan tekanan hidup,otak kita menjadi kurang upaya untuk merembeskan hormon tersebut sbg keperluan badan.Jika masalah ini tidak di atasi dengan baik maka kita cepat menjadi TUA dan akhirnya mempercepatkan Menopouse.Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang kurang baik dalam hubungan suami isteri.InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah ini dapat di atasi dengan baik.
MAB Sesuai untuk wanita berumur /warga emas

- MAB bukan untuk wanita muda sahaja malahan sesuai semua peringkat umur .BAgi wanita yang berumur 50an atau warga emas ianya tidak mengalami haid,MAB dapat membantu dari segi melancarkan peredaran darah,memberi tenaga,melawaskan sistem pencernaan,menghilangkan kebas2 dan sebagainya..

JGN jadikan Usia sebagai penghalang...BIAR TUA pada ANGKA tapi MUDA pada LUARAN serta DALAMAN

dapat kan dari pengedar yang SAH..



InginMENAMBAT hati suami??danBIKIN suami TERTAMBAT dgn ANDA??

nak SIHAT??nak CANTIK LUAR dan DALAM??.mantap kan peribadi anda dengan MAAJUN ANGGUN BISTARI

calling/atau sms me...


sesapa nak dapat kan MAB bagi sekitar,kawasan

BANTING-UPM-PUTRAJAYA-HOSPITAL SERDANG

**seluruh malaysia

012 6092693 LYNA..COD di sediakan bagi kawasan berhampiran...

ym email:siputcomel6@yahoo.com


Dapatkan juga MAB bagi kwsn............

**PUTRAJAYA (seluruh)-Azmah

**UKM,BANGI,KAJANG,SEMENYIH -murni

** BANGI,MFI,TERAS JERNANG(kwsn berhampiran)-Ida

**SERDANG,JUSCO EQUINE,SERI KEMBANGAN,THE MINES,JUSCO,BALAKONG-Liza-

**PST BANDAR PUCHONG,PUCHONG PERDANA.PUCHONG PERMAI,TMN HUSSEIN ONN.CHERAS-Suliza

**KELANANG,MORIB KANCHONG DARAT-mas

**MDKL,TELOK DATO',SG MANGGIS - Ita

**BATU LAUT,KUNDANG,TG SEPAT,SG PELEK,BAGAN LALANG,SEPANG,KLI
,fiza

**TLK PANGLIMA GARANG,JENJARUM,SIJANGKANG- Mahani

**OLAK LEMPIT,L.DAGANG-LIN

**Menara Maybank Bangsar-murni

Kelantan
** Haslini-

Johor
** Lisa-

Sabah
** Dalima-

Perlis
**Fiza-


HARGA..
....nak harga menarikk...sila hubungi saya melalui sms/call....untuk belian borong...

WE SERVE WITH KNOWLEDGE...INSYAALLAH...

Penilaian kemandulan oleh MAB

Penilaian kemandulan
oleh Maajun Anggun Bistari pada pada 19hb Ogos 2010 pukul 11.03 pagi
Utusan Malaysia

Isnin, 13/10/2008

Penilaian kemandulan

KEBIASAANNYA, apabila pasangan itu berkahwin, akan tersedar pada satu masa untuk mereka menambah bilangan ahli keluarga. Namun, apabila gagal untuk menghasilkan zuriat, tentu pasangan berkenaan bergegas untuk mencari penyelesaian.

Ujian boleh dilakukan untuk mencari punca kepada permasalahan tersebut dan berdasarkan kepada keputusan ujian, doktor boleh mencadangkan penyelesaian.

Pasangan dikatakan mungkin mandul sekiranya isteri belum boleh mengandung walaupun telah mencuba selepas enam hingga 12 bulan.

Bagaimanapun, julat bulan ini bergantung kepada banyak faktor seperti umur isteri, umur suami dan juga berapa lama pasangan telah mencuba tetapi masih buntu.

Persenyawaan

Bagi isteri atau puan-puan yang mempunyai julat haid 28 hari, benih (telur) mula dikeluarkan dari ovari pada masa 14 hari selepas bermulanya haid.

Persenyawaan boleh berlaku dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas waktu tersebut sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan.

Bila ejakulasi berlaku pada suami semasa hubungan kelamin, sperma boleh hidup sehingga tiga hari untuk tujuan persenyawaan dengan benih dari ovari.

Persenyawaan lazimnya berlaku di hujung tiub fallopian. Hasil dari persenyawaan ini kemudian akan bergerak sepanjang tiub fallopian untuk diimplantasikan di dinding rahim. Sekiranya proses-proses ini terbantut, kemandulan mungkin berlaku.

Secara ringkasnya, kemandulan berlaku sekiranya salah satu daripada perkara di bawah mengalami kecacatan;

Suami mempunyai bilangan sperma yang kurang dan juga kecacatan parameter-parameter air mani yang lain.
Benih tidak dapat dikeluarkan dari ovari.
Tiub fallopian tersumbat ataupun kecacatan morfologi tiub seperti hujung fimbria yang abnormal.
Lazimnya, kaitan masalah kemandulan untuk wanita adalah sebanyak 65 peratus, 20 peratus untuk lelaki dan 15 peratus atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Umur pasangan juga boleh mengubah tahap kesuburan. Kebiasaan peratusan kehamilan adalah sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Peratusan kehamilan ini akan mula menurun apabila melewati umur 20an dan 30an. Penurunan semakin ketara tatkala melangkaui umur 35 tahun.

Kadar kesuburan suami juga sedemikian tetapi dengan kadar kemerosotan yang lebih perlahan. Kerana faktor umur inilah pasangan tidak perlu menunggu enam hingga 12 bulan untuk mencari penyelesaian ke arah kehamilan.

Suami juga mungkin mempunyai permasalahan dengan jumlah serta bilangan sperma yang mungkin berpunca daripada gangguan hormon.

Paras hormon juga boleh mengganggu kesuburan wanita apabila ovari tidak terangsang secukupnya dengan paras hormon yang bercelaru.

Pemakanan yang tidak seimbang, anoreksia dan berat badan berlebihan juga mungkin menimbulkan masalah kesuburan.


Selain itu, jangkitan penyakit (lelaki atau wanita) yang disebarkan melalui hubungan seks, terutamanya hasil seks bebas, juga mungkin memudaratkan keupayaan untuk hamil.

Penilaian

Penilaian ke atas puan bergantung kepada beberapa faktor, contohnya umur dan juga keadaan pasangan serta tempoh lamanya puan berusaha untuk mengandung.

Puan serta suami akan berjumpa dengan doktor sebagai pasangan individu dan bukannya secara berasingan untuk:

Pemeriksaan fizikal dan juga perubatan terutamanya ke arah sistem yang melibatkan perjalanan hormon-hormon utama wanita.
Analisa cecair seminal (air mani) suami
Ketentuan proses ovulasi seperti pemeriksaan darah untuk hormon-hormon.
Ujian penentuan sama ada tiub fallopian tersumbat atau tidak
Perbincangan kekerapan hubungan kelamin dan penentuan sama ada hubungan kelamin dilakukan pada waktu subur ataupun tidak.
Penilaian pada suami
Suami perlu memberikan sedikit sampel air mani untuk dianalisa dan mungkin memerlukan beberapa sampel berasingan sekiranya doktor mendapati hasil keputusan yang tidak sekata.

Analisa cecair seminal (air mani) merangkumi bilangan sperma, bentuk-bentuk sperma, pergerakannya dan juga bukti-bukti jangkitan kuman, jika ada.

Sekiranya berlaku keabnormalan, suami puan akan dirujuk pada doktor yang membuat pengkhususan khas urologi iaitu disiplin yang dikenali sebagai 'Sakit Tuan'.

Penilaian pada isteri

Doktor akan memulakan pemeriksaan dengan pemeriksaan fizikal dan juga sejarah tahap kesihatan puan sebelum ini.

Sejarah kesihatan difokuskan kepada:

Sejarah peredaran haid bulanan.
Sejarah mengandung lampau termasuklah keguguran.
Sejarah perawatan penyakit tularan seks.
Sejarah penggunaan alat pencegah kehamilan.
Semasa pemeriksaan, mungkin ujian awal barah pangkal rahim, pap smear dan juga ujian darah lain akan dijalankan untuk penentuan kesediaan fungsi ovari.

Penentuan benih keluar dari ovari (ovulasi)

Ujian ovulasi air kencing. Ujian ini mengesan pengeluaran hormon 'Luteinizing', yang berperanan dalam mencetuskan pengeluaran benih untuk disenyawakan. Positif bermakna pengeluaran benih akan dikeluarkan oleh ovari dan hubungan kelamin perlu diadakan sekiranya kehamilan dikehendaki. Ujian ini juga kadangkala digunakan bersama ujian suhu badan basal.
Ujian suhu badan basal menyukat kenaikan serta perubahan suhu badan akibat perubahan hormon wanita. Penyukat jangka suhu khas digunakan dan penyukatan perlu dilakukan pada waktu pagi sebaik sahaja bangkit dari tidur. Aktiviti ini perlu diteruskan sehingga dua atau tiga kitaran haid.

Tatacara pemeriksaan yang mungkin dilalui

Puan melalui beberapa tatacara pemeriksaan untuk menentukan penghasilan benih berlaku, dan juga pemeriksaan terhadap kedua-dua tiub fallopian.

Serentak bergantung pada jenis pemeriksaan, keabnormalan anatomi sistem reproduksi juga akan ditentukan.

Penyiasatan histerosalfingografi (HSG). Tatacara ini melibatkan imbasan sinar-X yang menunjukkan suasana dalaman rahim dan juga sama ada tiub fallopian tersumbat atau tidak. Tatacara ini tidak memerlukan pembedahan dan puan tidak perlu bermalam di hospital.

Bahan pewarna yang tidak telus sinar-X juga akan dimasukkan melalui pangkal rahim dengan isipadu tertentu dan akan dibiarkan mengalir ke dalam rahim dan seterusnya ke dua-dua tiub fallopian. Pengimejan dilakukan dengan julat-julat masa tertentu.

Pemeriksaan ultrasound transvaginal. Satu alat khas ultrasound yang dimasukkan ke dalam faraj untuk melihat organ rahim dan juga benih-benih yang dihasilkan di dalam kedua-dua ovari.

Histeroskopi.

Satu alat teleskop khas yang dimasukkan melalui pangkal rahim untuk menyiasat persekitaran dalam rahim dan seterusnya mengambil contoh tisu untuk kajian lanjutan.

Laparoskopi.

Penyiasatan ini memerlukan alat teleskop khas dimasukkan ke rongga abdomen puan. Biasanya dimasukkan melalui pusat, visualisasi anatomi reproduksi puan dipermudahkan dengan kehadiran gas karbon dioksida yang bertujuan untuk mengembangkan dinding abdomen.

Keabnormalan anatomi mungkin boleh dipulihkan. Tiub fallopian juga diperiksa dengan menggunakan bahan pewarna khas yang dimasukkan melalui pangkal rahim dan diperhatikan sama ada tiub tersebut tersumbat ataupun tidak. Masalah seperti endometriosis juga boleh dikenalpasti melalui kaedah ini.

Dinasihatkan supaya puan tidak mendapatkan rawatan kehamilan yang mencurigakan atau sebelum menjalani pemeriksaan rapi kerana masa dan juga kaedah yang tidak betul hanya akan merumitkan keadaan.

Berjumpalah dengan mana-mana doktor pakar perbidanan dan sakit puan untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan sewajarnya.

Pengambilan pil-pil kesuburan secara berpanjangan dan tanpa penentuan ovulasi juga boleh memberikan implikasi teruk kepada puan.

Dengan kemajuan zaman maklumat kini, sebarang maklumat mengenai kemandulan boleh diperoleh dengan mudah, dan sekiranya pemahaman lanjut diperlukan, berbincanglah dengan doktor puan.

Apabila haid TIDAK datang

Pusingan haid yang teratur sangat penting bagi setiap wanita. Kedatangannya adalah satu lambing kewanitaan dan kesuburan. Apabila pusingannya terganggu, beberapa masalah mungkin timbul dan menggangu ciri kewanitaan.

Gangguan ini boleh menjadi insiden yang menggembirakan khususnya bagi wanita yang sudah berumahtangga dan sedang berusaha mendapatkan anak. Bagi mereka yang tidak bercadang dan tidak mahu hamil pula, gangguan haid itu amatlan mencemaskan.

Tegasnya, tidak datang haid adalah tanda awal kehamilan. Walaupun demikian, ia mungkin juga satu petanda bagi beberapa jenis penyakit lain khususnya penyakit kanser pada anggota peranakan.

Wanita yang menyusukan anak atau sedang menghampiri waktu putus haid mungkin juga mengalami gangguan haid ini. Kedatangannya juga boleh dihentikan dengan sengaja untuk tujuan tertentu seperti mengerjakan ibadat haji atau umrah ataupun untuk tujuan rawatan sesuatu jenis penyakit.


Pusingan Haid Terganggu

Satu lagi masalah yang mungkin dialami oleh wanita ialah gangguan pada pusingan haidnya. Pusingan haid yang dulunya teratur, kini datang sekali dalam tiga bulan atau enam bulan atau mungkin tidak datang langsung selama setahun atau lebih.

Keadaan yang digelar secondary amenorrhea ini munkin disebabkan oleh kejadian tumpah darah ketika seseorang wanita itu bersalin atau ketika dia keguguran. Tumpah darah ini berlaku dengan amat banyaknya sehingga menimbulkan masalah kejutan atau shock dan ini boleh merosakkan kilang hormon pituitary. Akibatnya haid tidak berlaku dan ini boleh mengganggu kesuburan seseorang wanita.


Tekanan fizikal

Bukan sahaja tekanan mental boleh mengganggu kedatangan haid, malah tekanan fizikal seperti seseorang wanita yang bekerja kuat, berpindah tempat kerja, berpindah rumah atau terpaksa bertungkus lumus bekerja dengan menggunakan tenaga fizikalnya boleh mengalami masalah kelambatan atau tidak datang haid.


Wanita Yang Menyusukan Anak

Penyusuan ibu juga boleh menyebabkan seseorang wanita tidak datang haid. Ini disebabkan oleh paras hormon prolaktin yang bertanggungjawab bagi pengeluaran susu meningkat dan seterusnya mengganggu kawalan hormon yang menjaga pusingan haid.

Tempoh waktu bagi wanita yang tidak datang haid oleh sebab penyusuan, bergantung kepada beberapa factor. Ada sesetengahnya langusng tidak datang haid selama dua tahun sepanjang masa dia menyusukan anaknya. Ada juga yang tidak datang haid tiga bulan sahaja, sesetengahnya datang haid tetapi tidak tentu masanya dan ada pula yang haidnya datang setiap bulan.


Punca tidak datang haid


Punca utama haid tidak datang ini ialah masalah hormon daripada kelenjar pituitaray,rawatan ialah dengan mempertanagakan kelenjar pituitary, kelenjar ini, tidak ada apa2 yg boleh menembusinya melainkan vibration sahaja.

Herba dan kimia yg lain tidak dapat sampai ke situ.Itu lah sebabnya masalah ini tidak ada ubat di hospital masaalah ini boleh dirawat,

Sebenarnya permasaalah hormon , berpunca dari beberapa perkara,yang berkiatan dengan kehidupan kita seharian.

* Bagaimana kepekaan kita dengan amalan pemakanan, makanan yg tinggi logam berat boleh menganggu kelenjar pituitary, jaga makanan yang tidak memberi kesihatan, kurangkan pengambilan lemak dan protin yang berlebihan kurangkan pengambilan makanan serat, untuk mengelak dari berlakunya buasir,buasir menyebab tidur tidak puas, tidak cukup ini juga akan menjejeskan pituitary anda.

*(Problem Harian) masalah yang dihadapi adalah kesan dari banyak ketidakseimbangan yang dapat menyatakan dimana area sebenarnya ada masalah level gangguan ini pada level fizikal dan warna yang tak seimbang ialah warna oren


Menopause sebelum waktunya??

MENOPOUSE sebelum waktunya???


Apa itu menopause?


* Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid
* Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
* Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur ansur atau tidak tetap

Bila menopause berlaku?
Menopause berlaku dikalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.

Bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40 tahun?

Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh :

* Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
* Penyakit penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease
* Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia
* Jangkitan viral

Darah tinggi & keracunan

Darah Tinggi & Keracunan


Bahaya darah tinggi dan keracunan kehamilan

Masalah darah tinggi dan keracunan kehamilan (pre-eclampsia) biasa berlaku mulai kehamilan masuk tujuh bulan.Kadangkala kita tidak menjangka siapa yang akan terkena penyakit ini, tetapi bagi mereka yang hamil pertama kalinya, ataupun mereka yang terlalu gemuk dan mengidap penyakit kencing manis, ataupun memang pernah mengidap penyakit darah tinggi dan buah pinggang adalah diantara mereka yang terdedah kepada masalah ini.

Pemeriksaan “antenatal” setiap bulan, selepas tujuh bulan dua minggu sekali dan bulan terakhir seminggu sekali,adalah sangat penting untuk mengesan keadaan penyakit darah tinggi dan keracunan (toxemia) kehamilan.Setiap kali ibu hamil datang ke klinik diantara pemeriksaan yang dilakukan keatasnya ialah mengukor tekanan darah, mengukur timbang beratnya dan juga memeriksa air kencingnya untuk gula dan albumin.


Ini sangat penting untuk tujuan mengesan penyakit keracunan (toxemia) kehamilan yang biasanya ditandakan dengan bengkak kaki, timbang berat yang naik secara mendadak, sembab muka dan apabila diukur tekanan darah didapati terlalu tinggi
iaitu melebihi 140/90 mm Hg dan air kencingnya mengandungi albumin.


Apakah risiko kepada ibu?

Toxemia kehamilan boleh mengancam nyawa ibu jika ia tidak terkawal khususnya apabila tekanan darahnya meningkat mungkin melebihi 180/110 mm Hg dan apabila air kencing ibu tersebut mengandungi banyak albumin iaitu mungkin sehingga tanda + + + + . Ibu juga merasa pening, mungkin gelap mata dan hampir pitam dan rasa kesakitan pada bahagian ulu hati.Jika keadaan begini berlaku kadang-kala ibu boleh terkena serangan sawan (eclampsia).

Sawan ini sangat merbahaya pada ibu kerana ini menandakan pendarahan mungkin telah berlaku dalam otak ibu(cerebral hemorrhage), atau bekalandarah kepada otak telah terganggu akibat daripada kuncupan saluran darah tersebut dan biasanya otak telah dipenuhi dengan cecair (cerebral adema).Risiko kematian ibu adalah sangat tinggi dalam keadaan begini khususnya mereka yang telah tidak sedarkan diri (coma).

Dalam keadaan begini doktor perlu melakukan pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi tanpa mengira umur atau akibat kepada bayi tersebut samada boleh hidup atau tidak demi untuk menyelamatkan nyawa ibu.Apabila bayi dan uri telah dikeluarkan melalui pembedahan, biasanya penyakit ini akan reda dengan cepatnya dan hanya inilah yang boleh menyelamatkan nyawa ibu setelah diserang dengan sawan tersebut.

Dalam kes yang kurang teruk doktor boleh mengawal penyakit toxemia ini dengan memasukkan ibu tersebut ke hospital untuk berehat sambil mengawal tekanan darahnya, air kencingnya dan pertumbuhan bayi melalui ujian-ujian klinikal , ukuran timbang berat dan juga ujian ultrasound yang dilakukan berulangkali untuk mengetahui samada pertumbuhan bayi masih berlaku atau tidak.

Jika tidak ada pertumbuhan bayi dan bayi mungkin terancam nyawanya, dan dijangka bayi boleh hidup apabila dilahirkan, maka langkah yang sewajar ialah untuk melakukan pembedahan cesarean untuk menyelamatkan bayi.

Jika keadaan darah tinggi dan toxemia ini sangat sederhana dan tidak ada tanda-tanda ia mengancam ibu dan bayi, setakat berehat dan diberi rawatan dengan ubat untuk mengurangkan tekanan darah, kawalan pemakanan untuk mengurangkan karbohidrat, minyak dan garam dalam makanan.


Rehat adalah sangat penting untuk mengawal penyakit darah tinggi ini.Biasanya jika keadaan ini boleh dikawal dan pertumbuhan dan nyawa bayi tidak terancam, maka kelahiran secara normal boleh dilakukan dengan memaksa sakit bersalin (induced labour) pada umur kehamilan antara 37 hingga 38 minggu.Kelahirantidak boleh lambatkan kerana uri boleh rosak dan dengan itu bekalan oxygen dan makanan pada bayi boleh terjejas menyebabkan kematian bayi dalam rahim.


Apakah punca sebenar toxemia dan darah tinggi?


Punca yang sebenar tidak diketahui, tetapi mungkin dalam darah pesakit yang mengidap toxemia ini terdapat banyak jenis racun yang boleh menyebabkan darah tinggi dan merosakkan organ organ badan khususnya otak dan hati.

Racun-racun ini adalah dikeluarkan oleh uri (placenta).Mengapa uri mengeluarkan racun, tidaklah diketahui dan mengapa sesetengah wanita keluarkan racun ini dan yang lainnya tidak, ini pun tidak diketahui.Mungkin ia merupakan satu reaksi untuk menolak uri tersebut.

Uri dibentuk sebahagiannya daripada baka suami, tubuh isteri cuba menolaknya dan dengan ini timbullah reaksi dengan mengeluarkan racun.Bagaimana ia berlaku tidaklah diketahui. Biasanya selepas kelahiran bayi dan uri telah sempurna dikeluarkan, keracunan akan lesap dan tekanan darah turun ketahap normal dengan cepat.


Perkara-perkara yang boleh mengelakkan kejadian ini ialah dengan amalan makanan yang seimbang, memakan vitamin Folic Acid yang terus menerus antara 5mghingga 10 mg setiap hari dari awal kandungan hingga akhir.
Mengawal berat badan supaya ia tidak melebihi had biasa,berat badan sepatutnya tidak boleh melebihi 15 kilo bagi keseluruhan kehamilan.Bagi panduan para ibu yang hamil, lima bulan pertama berat badan patut meningkat satu kilo sebulan dan empat bulan terakhir dua kilo sebulan menjadikan jumlahnya lebih kurang 13 kilo di akhir kehamilan.

Kerehatan dan ketenangan juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan masalah darah tinggi dan keracunan.Bagi mereka yang tenangrohnya serta kuat iman mungkin kurang tededah kepada ancaman toxemia, sebab itu saya sentiasa menasihatiibu-ibu yang hamil untuk membaca Al Quran dari awal kehamilan dan tidak melupakan segala suruhan Allah seperti solat, berpuasa dan sering melakukan amalan zikir, bertasbih, bertasmid dan lain lain untuk mengingati Allah.Memang amalan amalan ini boleh mengurangkan ketegangan fisikal dan mental.

Hormon dan Haid

Hormon kejelitaan wanita

Sewaktu proses berlakunya haid terjadi penghasilah hormon yang sangat penting. Hormon ini ialah hormon utama yang menentukan pembentukan seks atau jantina seorang individu yakni hormon estrogen. Estrogen merupakan satu-satunya hormon yang penting dan berkuasa. Sekiranya ia tinggi di dalam badan seorang manusia maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol. Estrogen melahirkan sifat kewanitaan terserlah serta berpunca untuk membentuk tubuh badan wanita tumbuh buah dada dan datang haid setiap bulan. Dikatakan apabila wanita ketandusan hormon ini maka dia kesan awet muda pun mulai nampak dan kekedutan dan kekeringan mula kelihatan di permukaan kulit terutama muka. Ia disitilahkan sebagai “The fountain of youth”.

Jenis-jenis estrogen serta peranan mereka

Estrogen terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1.Estradiol atau 17 beta estradiol. Ia dihasilkan di bahagian ovari dan wujud dengan banyak dalam tubuh wanita sebelum wanita itu putus haid. Ia merupakan hormon seks wanita yang utama yang menentukan ciri-ciri seorang wanita. Pembentukan buah dada, pertumbuhan bulu di ketiak dan ari-ari ditentukan oleh hormon ini. Ia juga penting untuk proses pembentukan dan menyuburkan dinding rahim untuk kehamilan.

2.Estrone atau E 1 ia merupakan estrogen yang tak sekuat estradiol. Ia dihasilkan di dalam tisu-tisu lemak. Ia wujud dengan banyak untuk wanita yang putus-haid.

3.Etsriol atau E3 merupakan sejenis estrogen yang paling lemah di antara ketiga-tiga hormon-hormon ini dan ia dihasilkan oleh hormon-hormon estradiol dan estrone.

Estrogen berjalan di dalam darah ke tisu-tisu badan di mana terletaknya reseptor-resptor estrogen. Reseptor wujud di seluruh badan, di otak faraj, buah pinggang dan lain-lain. Molekul estrogen melekat pada reseptor dan menghasilkan tindakbalas pada organ-organ di situ.

Kekurangan hormon estrogen boleh menyebabkan:
1. Kekeringan di bahagian faraj dan kesakitan sewaktu bersama dengan suami
2. Hot-flashes yakni perpeluhan dan rasa panas tanpa sebab walaupun di tempat sejuk
3. Kehilangan rasa ingin bersama
4. Kekenduran buah dada
5. Kekenduran di kulit
6. Perubahan mood dan perasaan murung
7. Oseoporosis
8. Peningkatan kolestrol di dalam darah

Estrogen adalah kunci di dalam kesuburan seorang wanita. Sewaktu mengandung ia adalah hormon utama membina tisu-tisu di dinding endometrium sewaktu fasa proileratif (Sebelum telur menetas). Untuk tujuan ini ia meregulasikan pengeluran hormon progesteron. Progesteron bertindakbalas dengan kadar pengeluaran estrogen yang sihat. Signal yang baik akan merangsang progesteron untuk keluar. Kalau progesteron gagal dirangsang maka dinding rahim gagal membentuk tisu-tisu dan limfa-limfa serta pembuluh darah yang tebal dan subur sesuai untuk kehamilan. Oleh itu apabila janin terbentuk ia gagal ditangkap dan di tanam ke dalam dinding rahim lantas luruh dalam darah haid. Jika progesetron berjaya dirangsang dengan baik ia mengambil-alih peranan membina sel-sel endometrium di fasa sekretori (selepas telur ovum menetas dari ovari ) sehinggalah ia luruh sebagai darah haid.

Mengenali haid anda.

Haid yang dialami oleh setiap individu berbeza dari seorang ke seorang. Berikut merupakan satu contoh sahaja, namun ia boleh berbeza-beza dari seorang ke seorang.

Pada kebiasaannya pada hari pertama haid tidak keluar begitu banyak, haid bertambah pada hari kedua dan ketiga. Pada hari keempat ia mula berkurangan dan pada hari kelima ia hampir kering, pada hari keenam dan ketujuh darah kering langsung dan meninggalkan mungkin kesan spotting seperti bintik-bintik coklat pada seluar dalam atau pada panty-liners. Ia nampak seperti seurat lendir yang berwarna kehitaman ke coklat kemerahan.

Lendir ini akan keluar bercampur sedikit dengan darah berwarna coklat dan ia mungkin berlarutan selama beberapa hari. Haid dianggap berhenti jika tidak ada lagi kesan darah merah yang keluar dari rahim. Purata darah yang keluar dalam jangka masa haid ialah dua hingga tiga auns (100mls). Ini sama seperti penggunaan satu hingga dua kotak tuala wanita.

Sesetengah wanita mengalami pengeluaran lendir bercampur sedikit tompok-tompok darah yang kecil untuk beberapa hari sebelum keluar haid (Premenstrual staining) manakala ada setengah pula yang mengalami darah haid ‘berekor-ekor’ (Post-menstrual staining). Kedua-dua keadaan ini dipanggil spotting dalam bahasa inggeris.

Kedua-dua keadaan tersebut mungkin menandakan bahawa samada wujudnya sejenis gangguan hormon yang tidak seimbang atau mungkin juga terdapat penyakit pada rahim. Jika seorang wanita mengalami spotting lebih panjang dari waktu haidnya yang tetap, darah itu dianggap sebagai darah istihadah dan dia boleh mengambil ghusul untuk menyucikan diri supaya dia boleh beribadah. Dia juga perlu berjumpa doktor untuk mendapat diagnosis untuk keadaannya itu.

Adakah haid saya normal?

Setiap bulan seorang wanita yang akil baligh akan keluar darah haid. Bagaimana kita akan mengetahui bahawa haid kita tidak normal?

Adalah sukar untuk mengatakan dengan tepat definisi haid yang normal. ini kerana setiap wanita mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk kitaran haidnya. Saya rasa penting untuk setiap wanita mengenali perjalanan haidnya tersendiri. Namun dari pengalaman saya, saya akan memberikan satu anggaran kasar yang boleh digunakan untuk saudari pembaca gunakan sebagai kayu pengukur untuk apakah haid yang dianggap normal. Bandingkan ciri-ciri yang tertera di bawah ini dengan haid anda dan jika ada perbezaan ada baiknya anda mendapatkan rawatan awal untuk mengembalikan ia ke keadaan yang normal.

Ciri-ciri haid yang normal ialah:

1. Darah yang keluar jelas diketahui adalah darah haid dan tidak mendatangkan was-was. Ia berwarna merah dan pekat.

Menurut nabi Muhammmad s.a.w. beliau mengatakan darah haid adalah darah yang merah dan jelas.[1] Pada tuala wanita bila ia mula keluar ia memancut-mancut dan terasa derasnya keluar dari faraj. Ia kelihatan seperti darah yang berwarna merah seperti biji saga dan apabila tinggal lama pada tuala wanita berubah warna coklat kehitaman.

2. Pada kebiasaannya purata hari darah haid akan keluar ialah selama 6-7 hari. Setiap individu mempunyai purata hari yang berbeza. Ada yang datang 3 hari ada yang datang 4 hari dan ada juga yang datang sepuluh hari. Buat panduan, sekiranya wanita itu mengalami haidnya secara tetap untuk hari-hari tersebut selama setahun maka anggaplah itu normal. Purata yang diberi adalah 6-7 hari. Jika ia dalam lingkungan 3-10 hari ia dianggap masih normal jika ini adalah rutin kitaran haidnya. Sebagai contoh jika seorang wanita mengalami haid sebanyak 3 hari sahaja, bolehlah ia dianggap darah haidnya yang keluar pada normalnya adalah 3 hari sahaja. Akan tetapi jika haidnya keluar sebanyak 5 hari tiba-tiba pada satu masa maka ini masih normal kerana ia dalam lingkungan purata yang normal. Untuk kes kedua jika haidnya selalunya adalah 10 hari dan sifatnya seperti darah haid serta makin kering pada hari kesepuluh dan tiba-tiba menjadi semakin panjang dan darahnya masih banyak, apabila melebihi sepuluh hari ini dianggap darah penyakit atau darah istihadhah. Yang penting dia mestilah mengetahui apakah kebiasaanistihadhah. yang dialaminya sewaktu pendarahan haid setiap bulan. Buat panduan, jika was-was tanyalah diri anda sama ada sifat darah itu seperti darah haid anda yang biasa dialami dan adakah ia keluar dari apa yang biasa yang anda alami serta juga adakah ia menimbulkan was-was pada anda. Jika dia merasakan darah adalah di luar dari kebiasaan yang dialaminya, maka ini petanda ia merupakan darah penyakit yakni darah

3. Kitaran haid pada puratanya ialah 28-32 hari.

Ini adalah lingkungan yang relatif pada individu. Setiap individu mempunyai lingkungan tersendiri. Jika haid lari saya menganggap 27-32 hari adalah dalam lingkungan yang normal. Adakalanya kitaran haid menjadi tidak menentu pada satu-satu masa. Ia masih boleh diterima jika kitaran haid anda tiba-tiba datang sekitar 21-45 hari pada bulan-bulan tertentu. Kitaran haid kadang-kadang datang awal dan kadang-kadang datang lewat. Saya memberi anggaran keluar dari median sebanyak 7-14 hari memandangkan emosi wanita bergolak. Jika mengalami tekanan emosi haidnya akan datang awal atau lewat. Stress menghadapi peperiksaan boleh melewatkan period atau mempercepatkannya. Tetapi jika keadaan ini berpanjangan sampai enam bulan ke atas dan hari-harinya tetap di antara 21-45 hari ini petanda haid anda sudah menjadi tidak normal dan terganggu.

4. Pada kebiasaannya sebanyak 50-60ml darah hilang setiap kali haid,

Penggunaan tuala wanita sebanyak 1-2 kotak adalah normal. Buat kebanyakkan wanita pada hari pertama hanya darah pra-haid akan keluar. Sifatnya sedikit sangat, bukan setompok, berlendir dan mungkin berwarna hitam, coklat kemerahan ataupun kuning keputihan. Ada jua yang mengatakan ia berwarna oren. Mereka boleh sembahyang tetapi perlu membersihkan dari kekotoran itu. Apabila turun darah haid yang banyak dan sifatnya merah pekat dan jelas inilah hari pertama haid anda dan anda tidak diwajibkan sembahyang. Darah yang banyak akan keluar sehingga perlu menukar pad 2-3 jam sekali, dan keadan ini berlanjutan sampai 3-4 hari. Selepas itu darah yang keluar berkurangan dan pada hanya perlu ditukar sebanyak 4-6 jam sekali sahaja. Biasanya pada hari ketujuh darah hampir kering dan pada hanya perlu ditukar sekali sehari sahaja.

5. Senggugut

Senggugut ialah rasa sakit seperti rasa 'cramp' di bahagian tulang pinggul di belakang, di bahagian bawah perut dan sekitar ari-ari dan juga di pinggang. Ada dua jenis sengugut yang dialami wanita. Yang sepatutnya dialami oleh wanita yang haidnya normal dipanggil primary dysmenorrhea. Gejala ini sering menimpa anak gadis dan wanita dalam lingkungan awal 20-an yang terutamanya belum kahwin. Ia disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat dan adakalanya memerlukan pengambilan ubat seperti ponstan atau synflex untuk meredakan kesakitan. Namun ada juga segelintir anak gadis yang tidak mengalami gejala senggut ini.

Kesakitan ini pada kebiasaanya akan hilang selepas berkahwin dan juga selepas beranak. Jika ia tidak hilang ia mungkin merupakan sejenis senggugut yang berjenis lain yang dipanggil secondary (symptomatic) dysmenorrhea. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan doktor kerana ia mungkin petanda keujudan penyakit yang tidak merbahaya seperti endometriosis ataupun rahim yang terbalik retroverted uterus. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan tetapi boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang jika dibiarkan berlarutan. Jika simtom-simtom ini dibiarkan ia boleh menyebabkan rahim akhirnya dibuang melalui pembedahan kerana keadaan yang melarat di organ peranakan itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah Keputihan


Masalah keputihan dan jangkitan kuman

“Keputihan’ yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.

Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samadamereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.

1. Peranan lendir di dalam faraj

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikianlendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantumandi antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanandan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.

2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?

Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-parashormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.

Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.

Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga keranapil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.

Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang.

Pengeluaran lendir yang berlebihanjuga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu jugawanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.

Sifat lendir yang normal

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.


3. Keputihan sebagai tanda penyakit

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

4. Jenis-jenis jangkitan kuman
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

i. Kuman

Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk

ii. Kulat

Kulat yang digelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.

iii. Virus

Virus seperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan.

5. Apakah bahaya jangkitan kuman

Di antara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.

6. Bagaimana kuman berjangkit?

Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman.

Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity).

Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya ‘gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Hormon Punca Haid Tidak Teratur

Hormon Punca Haid Tidak Teratur



MENGALAMI kedatangan haid tiga atau empat kali setahun adalah sesuatu yang membimbangkan wanita kerana kitaran haid yang tidak teratur sering dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Bahkan, wanita yang mengalami haid terlalu kerap dan panjang juga sebenarnya menghadapi masalah sakit puan kerana fenomena ini akan menyebabkan mereka menopaus sebelum waktunya.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan.

Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata setiap 28 hari atau 26 hingga 35 hari.

Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari.

“Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi).

“Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.

“Tanpa ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak,” katanya.

Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Malah kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan terlalu sedikit atau sebaliknya.

“Pernah mengalami haid, walaupun sekali, bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan keluar (vagina) yang telus.

“Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopia tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid,” katanya.

Kesuburan

Menurut Dr Adilah, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan.

Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.

Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah salah.

Sebaliknya, berat badan berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).

Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan.

Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.

“Rawatan paling popular adalah rawatan jangka pendek menggunakan hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan haid. Bagi mereka yang lama tiada haid, pil hormon progesteron boleh diambil untuk beberapa hari.

“Manakala pil hormon berkombinasi (mengandungi hormon estrogen dan progesteron) diambil oleh wanita yang haidnya tidak menentu dan mengalami pendarahan banyak.

“Pil ini bertindak seperti hormon, iaitu merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium,” katanya.

Rawatan selanjutnya pula akan diberi mengikut punca masalah dan keperluan setiap individu. Contohnya bagi wanita yang mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak pemakanan dan senaman untuk mereka.

Manakala bagi wanita belum berkahwin atau tidak mahu anak, pil hormon berkombinasi perlu diambil untuk beberapa bulan.

Wanita yang mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan kesuburan bagi merangsang pengeluaran telur serta ubat sampingan.

Kesan sampingan berbeza mengikut jenis rawatan dan pengambilan hormon kesuburan boleh menyebabkan lebih satu telur dikeluarkan dan risiko mendapat kehamilan kembar (dua atau lebih) boleh berlaku.

Pengambilan pil hormon biasanya menyebabkan rasa loya dan pening. Penghidap PCOS pula berdepan risiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome.

“Segera berjumpa doktor untuk jalani pemeriksaan fizikal termasuk tekanan darah, berat badan, ketinggian, kelenjar tiroid, dada dan abdomen.

“Bagi wanita yang melakukan hubungan seks, pemeriksaan dalaman juga boleh dilakukan seperti ultrasound ke atas rahim dan ovari serta ujian darah. Kita mahu pastikan gangguan ini bukan disebabkan penyakit lain,” katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------